Tuesday 30 September 2014

KURSUS i-THINK DALAM TALIAN (KiDT)


Sila klik untuk login



Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) merupakan satu medium untuk guru mendalami, mengaplikasi dan menambah pengetahuan tentang salah satu alat dalam KBAT iaitu i-THINK.

Melalui KiDT ini guru-guru dapat mengikuti kursus secara kendiri menggunakan pelbagai peranti masa kini seperti komputer riba, tablet, ipad dan telefon pintar.
 
Sedikit latar belakang KiDT ini...
  • Pada tahun 2013, guru di 1058 buah sekolah mengikuti kursus latihan pendedahan Program i-THINK secara bersemuka.
  • Tahun 2014, semua guru di sekolah yang belum menerima pendedahan tersebut akan mengikuti Kursus KBAT secara dalam talian menggunakan aplikasi KiDT.

KiDT mengandungi 25 modul (Modul Pembelajaran Kendiri) yang perlu diikuti oleh guru selama 16 jam dalam tempoh 3 bulan.
Nota penting untuk guru: Berdasarkan dapatan taklimat yang dihadiri pada hari Isnin 29 September 2014 baru-baru ini, kesemua modul mesti habis diikuti sebelum 31 Disember 2014 ini. 

Tentang i-THINK




Monday 15 September 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 Peringkat Sekolah

Bertemakan "Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 di SK Tuanku Fatimah diraikan dengan meriah.





Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bertujuan mendidik murid mencintai negara dan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai.

  • Sambutan peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Guru Besar Cemerlang Tuan Hj. Abd Rahman b. Dato' Hj. Abd Aziz, KMN., AMP. pada hari Sabtu 23 Ogos 2014.
  • Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan acara perarakan membawa Jalur Gemilang, menaikkan bendera bersama nyanyian lagu Negaraku. 
  • Majlis diakhiri dengan nyanyi lagu-lagu patriotik oleh semua guru dan murid.









Antara aktiviti yang mengisi sambutan kali ini ialah;
  1. Pertandingan mewarna Prasekolah dan Tahap 1
  2. Pertandingan melukis poster Tahap 2
  3. Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57
  4. Kuiz Merdeka
  5. Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka Tahap 2








  • Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 telah diadakan pada 12 September 2014.
  • Dalam majlis tersebut, acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah dilaksanakan.
  • Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian lagu patriotik oleh murid prasekolah.













 

Tuesday 29 April 2014

Hari Bersama Pelanggan




Hari Bersama Pelanggan ini diadakan untuk menyerahkan keputusan Ujian 1 dan mengumpul sumbangan PIBG bagi tahun 2014.